Mohd Shuhaily Akan Didakwa Esok

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mohd Shuhaily Akan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan beliau akan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang esok, bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.

Mohd Shuhaily berkata beliau bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara dan menerima apa-apa jua keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.

“Sepertimana saya pernah katakan sebelum ini, perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga dan harga itu ialah diri saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata siasatan kes itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.

Mohd Khalid berkata setakat ini sebanyak 25 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada 28 Sept lepas.

Baca juga:

Mohd Shuhaily sebelum ini menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan, susulan video tular yang memaparkan beliau memarahi dua individu di KLIA Terminal 1.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan Mohd Shuhaily akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Saya sahkan Shuhaily (Mohd Shuhaily) akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang esok atas dua pertuduhan mencederakan dua pegawai polis di tempat kejadian,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved