Mohd Shuhaily didakwa dua pertuduhan sebabkan cederakan anggota polis esok

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mohd Shuhaily didakwa dua pertuduhan sebabkan cederakan anggota polis esok
Mohd Shuhaily

SEPANG – [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain disahkan akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Mohd Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada bulan lalu.

“Saya sahkan Datuk Seri Mohd Shuhaily akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada pagi esok.

“Ia membabitkan dua pertuduhan sengaja mencederakan dua pegawai polis di tempat kejadian,” katanya.

Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.

Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.

Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan mahu lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ‘ulat’ warga asing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved