Didakwa Tidak Ambil Suntikan Typhoid, Jofliam Tunjuk Bukti

Entertainment
26 Apr 2025 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya kontroversi yang melanda usahawan piza wagyu yang dikenali sebagai Jofliam masih hangat diperkatakan di media sosial.

Terkini, Jofliam menerusi Instagram Story telah berkongsikan bukti bahawa dia sememangnya mengambil suntikan typhoid untuk berniaga piza wagyunya.

image is not available

Menerusi perkongsian IG Story itu juga, dia turut menunjukkan bukti sijil kursus pengendalian makanan serta bukti suntikan vaksin typhoid di sebuah klinik swasta.

Selain itu, dalam gambar yang dikongsikan itu, dapat dilihat dokumen dengan logo SSM.

Jofliam turut mengatakan dia mempunyai dokumen lengkap sejak tahun 2023 untuk berniaga kerana dia beroperasi secara berlesen di unit itu.

Dia juga mengatakan dia akan bertemu dengan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada minggu hadapan untuk berbincang.

Difahamkan, Jofliam berkongsikan bukti-bukti tersebut setelah ada individu yang mendakwa bahawa dia tidak mengambil suntikan typhoid untuk berniaga makanan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.