
SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 26 tahun didenda RM20,000 atau enam bulan penjara kerana memiliki 2,080 liter petrol tanpa lesen.
Abdullah Asadan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Rabu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya.
Tertuduh didapati memiliki barang kawalan tanpa sebarang permit ketika ditahan polis di perairan Singgah Mata, Pulau Bum Bum.
Ketika ditahan, Abdullah didapati memiliki 2,080 liter petrol yang diletakkan di dalam 70 jerikin di dalam bot kayu. Tertuduh juga mendapati tidak mempunyai sebarang lesen atau permit untuk memiliki barang kawalan itu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta sama itu membawa hukuman denda sehingga RM1 juta, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna, Dr Jong Jee Leong yang turut menjalankan pendakwaan berkata, KPDN Semporna tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti membabitkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung sebarang aktiviti haram membabitkan barang kawalan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
