
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 41 tahun dipenjara tujuh tahun dan diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan kerana memiliki 33.65g syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Fizlan Jamrin yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya pada Selasa.
Fizlan didapati memiliki dadah itu jam 1.30 tengah hari pada 23 Feb tahun ini di tepi jalan berhampiran J. Kedai Sedco Berungis di Tuaran.
Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Mahkamah memerintahkan Fizlan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurul shafeerah tampil untuk pendakwaan.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lagi lelaki, akan menyaksikan kesnya disebut semula pada 25 Sept tahun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu untuk Adenddey Junny selepas pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan lain untuk mengemukakan laporan perubatan.
Adenddey didakwa menyerang secara serius Vitalis Raining Jamit menggunakan batu pada 3.49 pagi pada 7 Julai tahun ini di Kg Kibunut, Penampang.
Pendakwaan dilakukan oleh DPP Sofia Sawayan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

