Diesel bernilai RM615,920 dirampas di Tawau

LocalBusiness & Finance
17 Oct 2025 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 14,000 liter diesel dan menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak susulan serbuan di sebuah stor di Kampung Pasir Putih di sini, Selasa.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM615,920, termasuk sebuah lori tangki, tiga kenderaan, tangki penyimpanan dan tiga tangki fiber.

Komander PPM Sabah Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek membabitkan lima warga tempatan dan seorang rakyat asing.

“Operasi itu dijalankan kira-kira jam 10.30 malam hasil maklumat awam dan risikan Unit Risikan Marin,” katanya di sini, Rabu.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang berkaitan kawalan bekalan barangan dan kuasa kepada penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penyelewengan atau menyorok barangan kawalan.

“PPM Sabah akan terus komited bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan demi keselamatan dan kesejahteraan negara, khususnya di perairan dan lokasi strategik.”Beliau juga menggesa orang awam agar terus menyalurkan maklumat dan tampil membuat laporan berhubung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved