Difitnah ada pertalian dengan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha, Fadhlina buat laporan polis

LocalPolitics
9 Sep 2025 • 11:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan dakwaan kononnya beliau mempunyai pertalian keluarga dengan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) adalah fitnah jahat yang direka dan disebarkan tanpa bukti.

Dalam kenyataan di Instagram, beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai cubaan mencetuskan kebencian masyarakat serta mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dikaitkan dalam spekulasi itu.

“Setakat tepis dan nafi, ternyata tidak menjadi pengajaran. Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya,” tegas Fadhlina.

Baca juga:

Laporan polis & tindakan undang-undang

Beliau memaklumkan laporan rasmi telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Malah, tindakan undang-undang turut akan diambil bagi menghentikan penyebaran fitnah berkenaan.

“Fitnah yang ditaja secara jahat ini memberi implikasi besar kepada masyarakat. Saya sudah membuat laporan kepada PDRM dan MCMC. Tindakan undang-undang juga akan diambil. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Seru hormati keluarga arwah Zara

Fadhlina turut mengingatkan masyarakat agar tidak menambah spekulasi, sebaliknya menghormati keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” ujarnya.