Kes Zara Qairina: Fitnah! Fadhlina Sidek buat laporan polis, nafi ada pertalian darah dengan pengetua

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 9:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Menurutnya, fitnah berkenaan adalah keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

“Setakat tepis dan nafi ternyata tidak menjadi pengajaran.
“Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.

image is not available

Fadhlina Sidek buat laporan polis

Beliau berkata laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Beliau pada masa sama mengingatkan agar tiada pihak membuat spekulasi serta menghormati keluarga Allahyarham Zara Qairina sementara menunggu proses undang-undang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” tegasnya.

Sumber: FB Fadhlina Sidek