Difitnah Musang Berjanggut? Amira Othman, Fattah Amin takkan tarik laporan! Tetap cari pemfitnah

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi yang juga isteri kepada pelakon Fattah Amin, Amira Othman menegaskan dia tidak berhasrat menarik balik laporan yang dibuat terhadap pemilik akaun media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap mereka.

Sebaliknya, penyanyi itu berkata, dia dan Fattah mahu mengetahui identiti sebenar individu yang didakwa berselindung di sebalik akaun palsu di platform Threads berkenaan.

“Kami tidak akan tarik laporan sebab kami pun nk tahu siapa dia yang tampak seperti sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu itu.
“Jadi, mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa viral isu ini dapat diselesaikan,” kata Amira menerusi hantaran di Threads.

Image from: Difitnah Musang Berjanggut? Amira Othman, Fattah Amin takkan tarik laporan! Tetap cari pemfitnah

Menurut Amira, dia dan suaminya turut menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peminat yang meminta agar laporan terhadap individu berkenaan tidak ditarik balik.

“Penuh DM saya orang mesej serta ‘tagged’ saya dan suami supaya jangan tarik laporan untuk mencari siapa individu yang memfitnah kami macam-macam .
“Bercakap perkara tidak elok. Saya baca pun seram.,, Tidak takut ke pada Allah?” katanya.

Image from: Difitnah Musang Berjanggut? Amira Othman, Fattah Amin takkan tarik laporan! Tetap cari pemfitnah

Jelasnya, selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), mereka turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagi membincangkan isu penyebaran fitnah serta dakwaan tidak berasas menerusi akaun palsu di alam siber.

Amira berkata, isu buli siber sukar dibendung sekiranya tiada mekanisme dan tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan platform digital.

“Isu ini takkan selesai dan terus berleluasa. Malah, pemilik akaun palsu tidak takut sebab kita tak ada tindakan tegas,” katanya.

Image from: Difitnah Musang Berjanggut? Amira Othman, Fattah Amin takkan tarik laporan! Tetap cari pemfitnah

Sebelum ini, tular tindakan seorang pemilik akaun Threads yang didakwa melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Fattah dan Amira.

Bagaimanapun, semakan mendapati akaun terbabit kini sudah dinyahaktifkan.

Sumber: Threads Amira Othman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved