
Mac lalu laman Digg ditutup dua bulan selepas dilancarkan semula kerana berdepan isu bot yang tidak terkawal. Kevin Rose, pengasas Digg berkata laman akan kembali semula dan seperti dijanjikan ia telahpun kembali sebagai laman agregator berita-berita berkenaan kecerdasan buatan (AI).

Muka hadapan Di.gg kini memaparkan berita terhangat dalam dunia AI dengan mengambil kira populariti topik daripada laman lain seperti X. Selain menyenaraikan berita-berita paling hangat AI, ia turut mempunyai carta 1000 individu dan syarikat yang paling hangat dalam industri AI dengan graf menujukan tahap populariti secara masa nyata.
Pada waktu Di.gg hanya memaparkan berita AI tetapi Kevin Rose berkata di masa hadapan lebih banyak topik akan ditambah. Antaramuka baharu Digg kini lebih mirip Digg asal dengan elemen laman we awal 2010an.




