Dikecam Buang Sampah Dari Tingkap Kereta? Pempengaruh Jelaskan Dah Kutip Semula

12 Feb 2026 • 12:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pempengaruh tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya membuang sampah keluar dari kereta selepas berkongsi kejayaan memiliki kenderaan elektrik (EV) baharu.

Dikecam buang sampah dari tingkap kereta

Menerusi satu video balas di TikTok, gadis dikenali sebagai Eryn Amira itu memaklumkan bahawa sampah yang merupakan plastik balutan ‘unboxing’ yang dikoyak pada bahagian dalam kereta itu sudah dikutip semula.

Difahamkan, ini kerana aksi membuang sampah melalui tingkap tersebut sekadar konten semata-mata untuk menghasilkan video dirinya berjaya membeli kenderaan jenis Zeekr itu.

“Jangan risau guys, sampah dah kutip balik,” tulisnya membalas dengan video selepas dipersoal seorang netizen berhubung tindakan membuang sampah merata-rata.

image is not available

Terdahulu, Eryn menerima kecaman hebat apabila aksinya melemparkan sampah ke luar kereta lebih menjadi perhatian berbanding perkongsian mengenai pembelian kereta EV baharu.

Artikel lain: Bermula 1 Januari Ini! Buang Sampah, Meludah Tempat Awam Boleh Didenda RM2,000

Rata-rata netizen menganggap tindakan gadis berkenaan menjengkelkan, apatah lagi dilihat tidak memakai tali pinggang keledar, tanpa mengetahui aksi tiada sivik itu adalah konten sahaja.

image is not available

Komen terdahulu…

image is not available

Dia kutip balik rupanya!

image is not available

Eryn atau nama sebenarnya Wan Nur Erina Amira Wan Yuhainis memiliki hampir 278,000 pengikut di TikTok dan menampilkan konten gaya hidup merangkumi produk kecantikan dan makanan.

Sumber: TikTok @_erynamira

The post Dikecam Buang Sampah Dari Tingkap Kereta? Pempengaruh Jelaskan Dah Kutip Semula appeared first on Borak Daily.