“Kira s*xual harrasmant tak?” – Aliff Syukri Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’ Masa Live

LocalEntertainment
28 Jan 2026 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi kecaman netizen berhubung dengan tindakannya semasa melakukan sesi live untuk menjual produknya.

Dalam keratan video itu, dia dilihat bersama seorang personaliti media sosial, Ratu Farah Diva sedang menjual biskut menerusi TikTok milik Aliff Syukri.

Artikel berkaitan: Abdul Kadir ‘Lari’ & Tak Jawab Mesej Punca Aliff Syukri Muat Naik Hantaran Soal Hutang Puluhan Juta

Dalam video tersebut, Ratu Farah Diva memuji keenakan biskut yang dimakannya sambil menambah ia akan jadi lebih enak jika dapat dicicah dengan air susu.

Namun tak semena-mena, Aliff Syukri didakwa membuat satu gurauan yang membuatkan Ratu Farah terkejut.

Boleh lihat video di bawah..

Dalam video selanjutnya, lawak sedemikian dilihat berulang lagi apabila Ratu Farah sekali lagi menyatakan yang dia mahu biskut ini dicicah dengan susu. Pada waktu itu, Ratu Farah dilihat seperti mula rasa malu dan segan.

Kira sexual harrasment tak? – Netizen

Kedua-dua video ini tular dan meraih 765 jumlah perkongsian dan lebih 7,000 tanda suka, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan anggap jika perbuatan Aliff Syukri itu sudah boleh dikira sebagai gangguan seksual.

image is not available  image is not available image is not available image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.