Dikecam Sebab Minta Beli MacBook Dalam Challenge ‘Beli Apa-apa RM250 Ke Atas’, Wanita Beri Penjelasan Rupanya…

Entertainment
15 Jan 2024 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang perasan, kini viral trend pempengaruh di media sosial bertemu dengan orang secara ‘random’ dan menawarkan untuk beli apa-apa sahaja barangan yang mereka suka ketika membeli-belah di mall.

Namun trend itu nampaknya sudah menampakkan sisi kurang baik baru-baru ini, apabila tular sebuah video yang dimuat naik seorang influencer yang membuat challenge ‘Buy anything above RM250’.

Wanita minta beli MacBook

Dalam video tersebut, seorang influencer ini dilihat mendekati beberapa orang pengunjung mall dan meminta mereka memilih antara RM1 dan hadiah misteri.

Seorang wanita kemudian dilihat memilih hadiah misteri yang mana influencer berkenaan memintanya untuk memilih apa-apa barangan untuk dibeli dengan harga melebihi RM250 ke atas.

Wanita tersebut kemudian mengajak influencer tersebut ke kedai elektronik berdekatan dan membeli sebuah laptop jenis MacBook.

“Saya dapat upah RM100 jak untuk depa buat content”

Walau bagaimanapun, perkongsian video berkenaan telah membuatkan rata-rata netizen mengecam wanita tersebut yang dianggap sebagai meminta sesuatu secara berlebihan dan kaki kikis.

Wanita itu kemudian telah memuat naik penjelasannya di X memberitahu bahawa video tersebut hanyalah content semata-mata dan dia hanya mendapat upah RM100 untuk lakonkan kandungan tersebut.

image is not available

image is not available

Wanita itu juga katanya sudah menghubungi influencer berkenaan untuk meminta memperjelaskan keadaan, namun DMnya tidak berbalas malah dia pula menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Katanya lagi, secara logiknya permintaannya di dalam video itu tidak salah kerana influencer berkenaan juga meletakkan syarat barangan mestilah RM250 ke atas.

image is not available

Perkongsian wanita tersebut telah menerima komen positif daripada netizen yang mana rata-rata bersimpati dengan nasib yang dihadapi wanita itu.

Ramai juga berharap agar orang di luar sana tidak terlalu mengecam sesuatu perkara tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.