Dikecam Teruk Sebab Pertikai Cara Dapur Che Sayang Memasak, Peniaga Pasta Mohon Maaf

4 Mar 2026 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Kecaman yang dilemparkan kepada pempengaruh masakan, Abdul Qayyum Halid atau popular dengan gelaran Dapur Che Sayang telah menerima pelbagai respon netizen.

Kebanyakannya menyokong pempengaruh masakan itu, termasuklah Khairul Aming sendiri yang memberikan sokongan moral secara halus dalam video masakannya semalam.

Artikel berkaitan: Video Masakan Cottage Pie Dipertikai ‘Tak Authentic’ Oleh Netizen, Dapur Che Sayang Tampil Bagi Respon

Seperti yang kita sedia maklum, seorang netizen didakwa telah mempertikai cara Che Sayang mengajar memasak menu Cottage Pie yang dianggap tidak asli sehinggakan ke tahap memperlekehkannya.

Salah seorang individu tersebut adalah pengguna media sosial X yang dipercayai seorang peniaga dan pemilik restoran pasta.

Akibat terkesan dengan kecaman netizen di atas tegurannya terhadap pempengaruh berkenaan, peniaga tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi profil X miliknya.

Jelasnya, dia tiada niat untuk membuli Che Sayang dan akui kesilapannya dalam berkata-kata serta memberikan kritikan yang agak melampau.

“Saya sepatutnya lebih baik, lebih bijak dan lebih tenang ketika menyebarkan ilmu sebagai seseorang yang mengamalkan prinsip ini. Ini akan menjadi pengajaran kepada saya, insyaAllah. Terima kasih.”

image is not available image is not available

Malah, usahawan tersebut akui bahawa kata-kata dan kritikannya itu telah menyinggung perasaan seseorang terutamanya Che Sayang. Oleh itu, usahawan ini memohon maaf kepada Che Sayang dan mana-mana pihak yang tersinggung dengan ketelanjuran katanya sebelum ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.