“Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga

Entertainment
12 Oct 2023 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak isu rumah yang didedahkan oleh Syada Amzah dalam status di Instagramnya baru-baru ini, ramai netizen memberi kecaman terhadap tindakan Shila Amzah yang ingin menjual rumah tersebut tanpa perbincangan keluarga.

Rupa-rupanya banglo yang didiami keluarga tersebut adalah atas nama Shila Amzah dan tindakannya itu bukan menghalau tetapi dia ingin mencari rumah baharu untuk keluarganya.

Isu ini membuatkan suami Shila Amzah, Ubai di platform X mendedahkan kesengsaraan yang dilalui isterinya sepanjang 33 tahun hidup.

Menurut posting Ubai, Shila telah bekerja seawal usia 10 tahun tetapi tidak pernah memegang duit, kad bank, kad pengenalan sehingga usianya 28 tahun serta berkahwin dengan bekas suami atas pilihan keluarga.

Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, Shila juga didera fizikal dan mental serta perlu menanggung bekas suami. Selepas bercerai, dia juga perlu membayar ratusan ribu hutang keluarga dan sehingga kini, dia sebagai anak sulung perlu menanggung keluarga.

Selain itu, Shila juga dikerah untuk bekerja kerana perlu membayar komitmen dan mendahulukan keluarganya tanpa bantuan sesiapa. Tiada siapa peduli akan kesihatan fizikal dan mental isterinya juga trauma yang terpaksa ditelan selama ini.

Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab “itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka – Ubai

Setelah memulakan kehidupan barunya bersama Ubai, Shila Amzah direzekikan keluarga baru yang memahaminya namun tidak lama selepas itu, dia diuji dengan kehilangan ibu mertua dan adik iparnya.

Pada akhir posting, Ubai yang menyangka hidupnya sudah mencabar dan penuh dugaan, dia mengakui ujian orang lain lebih besar daripadanya.

Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali – Ubai

Di ruangan komen, ramai netizen berasa simpat dengan pahit kehidupan yang dilalui penyanyi itu dan berharap Ubai setia menjadi tulang belakangnya.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.