Dilancar: BYD Sealion 7, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM183,800

LocalCars
14 Nov 2024 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors telah melancarkan BYD SEALION 7 di ibu negara, pagi tadi.

image is not available

BYD Sealion 7 didatangkan dalam dua varian: BYD Sealion 7 Premium dijual pada harga RM183,800 manakala Performance pula berharga RM199,800.

Berikut adalah perincian BYD SEALION 7 PREMIUM

image is not available

Varian Premium ini dijana dengan motor elektrik tunggal pada gandar belakang (RWD) yang memberi kuasa output pada 308hp dan kuasa tork pada 380Nm.

image is not availableimage is not available

Varian ini yang didatangkan dengan bateri berkapasiti 82.5 kWj dikatakan boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.7 saat.

Selain itu, varian Premium itu dikatakan boleh bergerak sejauh 567 km dengan hanya sekali cas.

BYD SEALION 7 PERFORMANCE:

Jika anda menganggap varian Premium tidak cukup mantap, anda boleh memilik varian Performance.

Varian ini juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 82.5 kWj namun ia boleh menghasilkan kuasa setakat 523 hp (390kW) dan tork 690Nm.

image is not available

Ia yang dipacu dengan dua motor elektrik pada kedua-dua gandar hadapan dan belakang mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat dan boleh bergerak sejauh 542km.

Dari segi dimensi, Sealion 7 berukuran 4,830 MM panjang, 1,925 MM lebar, 1,620 MM tinggi manakala jarak roda pula 2,930 MM.

Spesifikasi BYD SEALION 7 di Malaysia

Spesifikasi

Premium

Performance

0-100 km/j

6.7 saat

4.5 saat

Jarak Perjalanan Elektrik (NEDC)

567 km

542 km

Kuasa Maksimum

230 kW

390 kW

Kapasiti Bateri

82.5kWh

Pacuan

Pacuan Roda Belakang

Pacuan Semua Roda

Tork Maksimum

380 Nm

690 Nm

Berat Kenderaan Kasar

2,635 kg

2,750 kg

Ini sekali gus menjadikannya saiznya standing dengan SUV elektrik seperti Xpeng G6, Tesla Model Y, dan Leapmotor C10.

PENGECASAN:

BYD SEALION 7 ini dilengkapi dengan Bateri Bilah (Blade Battery) dimana ia menjanjikan tahap keselamatan lebih tinggi, kekuatan optimum dan prestasi tahan lama.

image is not available

Bateri serba canggih ini juga memberikan jarak lebih jauh dan kitaran hayat berlanjutan serta mengurangkan masa pengecasan dengan sokongan bagi kedua-dua pengecasan AC (Jenis 2) (11kW) dan pengecasan pantas DC (CCS 2) (150kW).

Dengan adanya, Teknologi Vehicle to Load (V2L), ia menawarkan ciri serba boleh yang tiada tandingan, membolehkan BYD SEALION 7 bertindak sebagai sumber kuasa yang boleh dipercayai bagi peranti luar, daripada peralatan perkhemahan sehinggalah sistem sokongan kecemasan.

KABIN MEWAH

Bercakap mengenai kabinnya, ia sememangnya cukup mewah kerana dilengkapi dengan tempat jenis kulit jenis kulit, ada skrin sentuh bersaiz 15.6-inci jenis boleh pusing serta ada juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

image is not availableimage is not available

Antara kelengkapan lain ialah 12 speaker DYNAUDIO, ada bumbung kaca panorama dan penyaman udara automatik dwizon.

image is not availableimage is not available

CIRI KESELAMATAN

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, anda jangan risau. Ini kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

BYD Sealion 7 ini didatangkan dengan sembilan beg udara di depan, sisi depan, sisi belakang, tirai dan tengah depan pemandu.

Ini bermakna ia memberikan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku perlanggaran.

Terdapat juga Kamera 360° dan Sensor Depan dan Belakang yang bertujuan untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas selain memudahkan pemanduan dalam ruang yang sempit.

Terdapat juga ISOFIX bagi meningkatkan tahap keselamatan bagi penumpang kanak-kanak.

image is not available

Malah, ia turut dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu lanjutan seperti Ciri Kawalan Halaju Adaptif, Brek Kecemasan Automatik, Amaran Keluar Lorong.

Tidak ketinggalan, Pengesanan Titik Buta yang sebenarnya untuk memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang risiko yang dihadapi, memastikan keselamatan kenderaan dan juga pemandu serta penumpang.

BYD SEALION 7 disediakan dalam 4 pilihan warna, termasuk Cosmos Black (Hitam), Aurora White (Putih), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis) dan Shark Grey (Kelabu Jerung) bagi kedua-dua model.

Bagi meraikan pelancaran ini, satu promosi khas tempahan awal disediakan untuk pelanggan yang membuat tempahan BYD SEALION 7 sebelum 17 November 2024.

image is not available

Tawaran eksklusif ini merangkumi Pengecas di Rumah (Home Charger) percuma dan kredit pengecasan RM800 dengan pembelian mereka.

Pelanggan perlu mendaftar BYD SEALION 7 mereka sebelum 31 Disember 2024 untuk melayakkan diri bagi promosi ini.

BYD SEALION 7 akan membuat penampilan sulungnya dari 15 hingga 17 November di Aras Upper Ground, The Exchange 106, Kuala Lumpur.

Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan pandu uji kenderaan ini secara eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.