Zizi Kirana Beri Salam Di Threads, Netizen Malaysia Teruja – “Srikandi Kita Telah Kembali!”

LocalEntertainment
6 Oct 2025 • 7:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru di Threads, dilihat penyanyi dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Zizi Kirana kembali berkongsikan perkembangan di platform tersebut.

Kembali kongsi perkembangan

Melalui perkongsiaan terbarunya, Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil sempat menyapa dan bertanya khabar kepada pengikutnya.

Assalammualaikum, hi semua. Anda semua apa khabar?

image is not available

Hantaran tersebut telah mendapat sambutan m sangat hangat daripada warganet yang menanti kemunculan Zizi selepas ditahan oleh tentera Zionis untuk beberapa hari.m

Ramai rasa bangga dengan Zizi

Dalam pada masa yang sama, ramai juga mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa bangga terhadap semangat Zizi menyertai misi kemanusiaan GSF.

image is not available

Sekadar info, Zizi bersama 22 aktivis kemanusiaan GSF daripada Malaysia telah pun dibebaskan dan dibawa ke Turkiye sebelum pulang ke Malaysia selepas berada dibawah tahanan tentera Israel untuk tiga hari.

image is not available 2025-10-06 11:00:39

"Diorang Cakap 'Have You Been To Isr*el', Saya Suruh Tengok Front Page Passport Saya" - Baju Digunting & Hijab Direntap, Zizi Kirana 'Lawan' Tentera 'Isewel'