Discord kini akhirnya mengumumkan implementasi penuh penyulitan penuh untuk panggilan suara dan video, rentas pelbagai platform. Ini sekaligus meliputi desktop, mudah-alih, web dan juga melalui konsol.

Implementasi ini telah diumumkan bertahun lamanya, dan akhirnya kini mula diimplementasikan kepada semua.
Discord mengatakan semua panggilan video dan suara kini akan disulitkan sepenuhnya, sekaligus membuatkan hanya pemanggil dan penerima panggilan sahaja yang boleh mendengar, dan tidak boleh dicuri dengar pihak lain. Walaubagaimanapun, Discord menekankan ciri ini masih tidak meliputi Stage Channels, memandangkan ia merupakan ciri perbualan awam.
