“Rezeki rumah dekat dengan kedai toye” – Wanita Santai ‘Order’ Makanan Dari Tingkap Rumah

Entertainment
1 Dec 2023 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, ada beberapa waktu yang kita tidak berapa rajin untuk masak di rumah dan kita akan memilih untuk ‘tapau’ makanan di luar atau pergi ke restoran.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang sangat beruntung kerana terdapat kedai makan masakan ala-Thai yang terletak di belakang rumahnya.

Apa yang lebih menghiburkan, perkongsian di TikTok @stormyfall8 itu ialah apabila wanita tersebut memesan makanan dengan menjerit pesanannya melalui tingkap rumahnya.

“Korang tahu korang beruntung bila korang boleh order makanan ikut pintu belakang rumah” tulisnya di dalam video.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, kelihatan wanita itu dengan selamba membuka tingkap rumahnya dan memesan kuey teow goreng tanpa taugeh dengan menjerit kepada pekerja kedai makan tersebut.

“Sampai 4 orang keluar amik order”

Ruangan komen dipenuhi dengan para netizen yang terhibur malah ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut menyediakan bakul dan tali agar senang untuk membungkus makanan.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan hampir mencecah 140K tontonan serta lebih 50 komen.

Bestnya kedai toye belakang rumah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.