Kawalan, pemantauan anjing perlu diperkemaskan

7 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kawalan, pemantauan anjing perlu diperkemaskan

PONTIAN – Kawalan dan pemantauan terhadap anjing, khususnya anjing liar, perlu diperkemaskan bagi mengelakkan kejadian serangan terhadap manusia berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Hasrunizah Hassan berkata, kejadian seorang kanak-kanak parah diserang lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, di sini Sabtu lalu, sepatutnya tidak berlaku.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan kawalan anjing sudah tersedia, namun aspek pemantauan dan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

“Operasi mengawal anjing liar adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala anjing yang berlesen pula menjadi tanggungjawab pemilik.

“Tidak dinafikan berlaku kelompongan dalam pemantauan bagi mengawal isu serangan anjing terhadap manusia dan perkara ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Menurutnya, PBT perlu melaksanakan pemantauan secara lebih kerap terutama di kawasan yang sering menerima aduan mengenai kewujudan anjing liar.

Sementara itu, Hasruniza berkata, kerajaan negeri turut bersedia menyalurkan bantuan secara one-off kepada mangsa bagi membantu meringankan beban keluarga susulan kejadian berkenaan.

“Kita tidak mahu ada lagi mangsa selepas ini, sama ada diserang anjing yang sama atau anjing liar lain. Keselamatan masyarakat, terutama kanak-kanak, perlu menjadi keutamaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Kawalan, pemantauan anjing perlu diperkemaskan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved