Wanita Masih Terbayang Insiden Anak Saudara Digigit Anjing

7 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Masih Terbayang Insiden Anak Saudara Digigit Anjing

BATU PAHAT, 7 Sept (Bernama) -- Detik cemas melihat anak saudara terlentang berlumuran darah selepas diserang anjing liar pada Sabtu lepas, masih menghantui fikiran Nurfatin Harun yang menetap di Kampung Tambak, Peserai di sini.

Nurfatin, 23, berkata kejadian berlaku semasa Nur Haira Wafiqah Mohammad Hamizi yang berusia tiga tahun sedang bermain di anjung rumah sebelum dia mendengar jeritan kanak-kanak tersebut.

Wanita itu berkata melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan cedera di seluruh anggota badan sebaik sahaja dia bergegas mendapatkan anak saudaranya.

“Saya yang memangkunya hanya mendengar bunyi nafas cuba memanggil nama Haira dan kami bergegas ke hospital.

“Saya dimaklumkan Haira telah menjalani pembedahan kecil dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru. Kami berharap akan ada perkembangan positif,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurfatin berkata Haira berada di kediaman datuknya bersama-sama ahli keluarga yang lain kerana sudah menjadi kebiasaan mereka berkumpul pada setiap musim cuti.

“Kami sekeluarga berharap ada tindakan daripada pihak bertanggungjawab bagi memastikan kejadian menimpa anak saudara saya dan masalah anjing liar tidak berterusan,” katanya.

Baca juga:

Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan menerima rawatan di HSA selepas cedera parah dipercayai akibat diserang sekumpulan anjing.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian berkenaan dengan haiwan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved