Diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali selama dua hari mulai esok 

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 11:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali selama dua hari mulai esok 

PETALING JAYA: Pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari bermula tengah malam esok sempena sambutan Deepavali 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif Kerajaan Madani itu dilaksanakan sehingga 11.59 malam, 7 November ini bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.

Beliau berkata, pemberian diskaun itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, diskaun berkenaan tidak melibatkan Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu dianggarkan membabitkan pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang akan ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan pemberian diskaun ini bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan serta manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna lebuh raya yang layak,” katanya dalam kenyataan hari ini. –UTUSAN

 

The post Diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali selama dua hari mulai esok  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved