Disyaki Bawa Dadah, Juruterbang Lepasi Semua Saringan Di KLIA Sebelum Ditahan Di Jakarta

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 6:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines di Jakarta kerana disyaki membawa dadah nampaknya membuka satu lagi persoalan besar.

BACA: Juruterbang Malaysia Airlines Kantoi Seludup Dadah Bernilai RM45 Juta Ke Indonesia

Orang ramai mahu tahu bagaimana bahan terlarang tersebut boleh sampai ke Indonesia sedangkan penerbangan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rakaman CCTV di Indonesia tular

View this post on Instagram

A post shared by Bea Cukai Soekarno-Hatta (@bcsoetta)

Terbaru, Malaysia Gazette melaporkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan bahawa suspek tidak ‘terlepas’ daripada pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat.

Sebaliknya, beliau berkata juruterbang itu sudah melalui proses saringan seperti penumpang atau petugas lain sebelum berlepas ke Indonesia pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dibuat, tiada petanda pada beg suspek yang memerlukan pihak keselamatan melakukan pemeriksaan tambahan.

Dalam saringan yang dilakukan seperti biasa menggunakan mesin pengimbas, beg yang dibawa tidak memberi apa jua imej yang mencurigakan. Justeru, ia melepasi saringan biasa yang dilaksanakan oleh pihak keselamatan KLIA.

Setakat ini, AKPS masih belum membuat kesimpulan bagaimana dadah jenis MDMA dan methamphetamine itu boleh melepasi pemeriksaan di KLIA.

juruterbang

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya kini menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara tersebut.

Antara kemungkinan yang sedang diberi perhatian ialah cara suspek membawa bahan terlarang berkenaan.

Ini termasuk sama ada dadah itu disorok atau dibungkus dengan kaedah tertentu sehingga tidak menimbulkan amaran ketika melalui mesin pengimbas.

Agensi tersebut kini bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT), PDRM, Malaysia Aviation Group (MAG), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta agensi berkaitan untuk melihat semula prosedur yang sedang digunakan.

The post Disyaki Bawa Dadah, Juruterbang Lepasi Semua Saringan Di KLIA Sebelum Ditahan Di Jakarta appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved