Ditahan ketika keluar hospital! Pemandu EV didakwa esok, berdepan tiga pertuduhan

LocalCars
14 Oct 2026 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemandu kenderaan elektrik (EV) yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada Sabtu lalu bakal dihadapkan ke Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.

Menurut laporan Buletin TV3, lelaki berusia 24 tahun itu dijangka berdepan tiga pertuduhan susulan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu terbabit ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSPT pada jam 11.30 pagi tadi ketika sedang dalam proses keluar dari sebuah hospital swasta di Damansara.

Image from: Ditahan ketika keluar hospital! Pemandu EV didakwa esok, berdepan tiga pertuduhan

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan ditempatkan di lokap pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan pada jam 3 petang sebelum persetujuan diperoleh untuk menuduh suspek di mahkamah esok.

Pertuduhan pertama akan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Dua lagi pertuduhan pula akan dibuat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 52(1) akta sama.

Image from: Ditahan ketika keluar hospital! Pemandu EV didakwa esok, berdepan tiga pertuduhan

Dalam kejadian kira-kira jam 3.44 petang Sabtu lalu, EV terbabit merempuh bahagian belakang kereta yang dinaiki Ahmad Syahir Mohammad Nor Izam bersama anak perempuannya, Asiah ketika mereka dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Segambut.

Rempuhan itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum kereta berkenaan berpusing ke lorong kanan lalu melanggar tiga kenderaan lain.

Asiah mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Buletin TV3 (Ing Boon Seng)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved