Lelaki diculik, dikurung, didera, dibunuh

14 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Dikurung didera dibunuh

SHAH ALAM: Seorang lelaki berdepan dengan siksaan iaitu dikurung dan didera yang kemudian dibunuh dengan senjata tajam sebelum mayatnya ditanam di Semenyih, Hulu Langat, baru-baru ini.

Kejadian tersebut bermula apabila lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai diculik selepas polis menerima laporan daripada isteri mangsa yang mendakwa suaminya itu gagal dihubungi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mendapati mangsa dilarikan dari pusat perniagaan Ampang Waterfront kira-kira pukul 4.30 pagi pada 24 September lalu sebelum dibawa ke sebuah premis di Jalan Cheras-Kajang.

“Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek meskipun tidak saling mengenali. Mangsa yang bekerja sendiri itu diculik sebelum dikurung dan didera dalam tempoh tertentu.

“Kemudian mangsa dibunuh di sebuah lokasi di Semenyih,” katanya pada sidang akhbar di sinim, hari ini.

Beliau menjelaskan, mayat ditemukan selepas polis menahan 15 suspek berusia 20 hingga 48 tahun termasuk dua lelaki warga asing antara 24 hingga 27 September lalu.

“Soal siasat terhadap suspek membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam di Semenyih. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat luka di beberapa bahagian leher dengan senjata tajam,” ujarnya.

Shazeli memberitahu, polis turut merampas dua laras senapang, sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebilah cangkul yang dipercayai digunakan untuk menanam mangsa.

“Kumpulan suspek yang ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan gangsterisme, manakala semakan mendapati beberapa daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Bagaimanapun lapan suspek termasuk dua warga asing sudah pun dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selebihnya menjadi saksi pendakwaan bagi kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lima lagi suspek sedang dikesan iaitu Kamarul Zaimi Kamaruddin, 46, Mohamad Hazmi Md. Yusof, 35, Mohd. Shaiful Azhar Mohamed Noor, 41, Tengku Khairulnizam Tengku Ham, 48 dan Mohd. Khairil Harun, 40.

“Kesemua mereka dipercayai masih lagi berada dalam Selangor,” katanya. – UTUSAN

The post Lelaki diculik, dikurung, didera, dibunuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved