Ditanya Betul Ke Tengah Bercinta, Respon Byeon Wooseok & Kim Hyeyoon Jadi Perhatian

Entertainment
24 May 2024 • 10:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sukanya tengok keserasian antara Kim Hye-yoon dan Byeon Woo-seok!

Terbaru, Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon akan muncul sebagai tetamu dalam program “Salon Drip”, bagi menceritakan lebih lanjut tentang lakonan mereka dalam drama “Lovely Runner”.

Menerusi video teaser yang dikeluarkan, pengacara Jang Do-yeon sendiri tidak dapat menafikan keserasian mantap antara mereka dan bertanya,

Korang tengah bercinta kan? Kan kan?!

Respon Kim Hye-yoon malu,

Oppa, awak beritahu mereka.

Jawab Byeon Woo-seok,

Tiada komen.

Sementara itu, episod penuh “Salon Drip” menampilkan Kim Hye-yoon dan Byeon Woo-seok akan dikeluarkan pada 27 Mei nanti.

Elele jangan bagi kami harapan tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.