“Ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan” -Asyraf

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 11:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyatuan ummah antara UMNO dan PAS semakin berdepan tekanan daripada pihak lawan, namun UMNO tidak gentar untuk mempertahankan usaha berkenaan.

Banyak intimidasi, fitnah dan tuduhan dilemparkan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan pelbagai bentuk intimidasi, fitnah dan tuduhan dilemparkan dengan tujuan menakutkan, mengaibkan serta mencalar reputasi pimpinan, selain menguji kecekalan mereka.

“Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita betapa manusia yang hanyut dengan kekuasaan sementara sehingga hilang pertimbangan. (Mereka) rakus menyalahgunakan sisa-sisa jawatan, menganiaya rakan yang sebelum ini mengangkat mereka ke puncak takhta.
“Tetapi mereka tersilap percaturan. Mereka sangkakan dengan menganiaya dan memalukan kita, maka kita akan lemah,” katanya ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Image from: “Ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan” -Asyraf

Tekanan buat lebih kuat

Menurut Asyraf Wajdi lagi, tekanan yang semakin hebat terhadap penyatuan berkenaan hanya akan membuatkan pihaknya lebih kuat untuk berdepan cabaran.

“Mereka silap. Kita ini pejuang UMNO, pejuang Melayu. Dicabar kita bangkit, ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan.
“Kalau layar sudah dikembang, jangan gentar ombak lautan. Kalau sabar sudah tak terkekang, lagi ditekan, lagi kuat kita lawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan perwakilan UMNO supaya tidak terlalu mendongak apabila parti berada dalam keadaan yang memihak kepada mereka.

“Gelombang yang membawa kita ke atas juga boleh menghempas kita ke bawah jika kita lupa daratan. Ingatlah, kemenangan ini bukan lesen untuk kita mendada, tetapi suatu amanah untuk kita berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada rakyat dengan penuh tawaduk dan keikhlasan,” katanya.

Image from: “Ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan” -Asyraf

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved