UMNO tidak akan tunduk atau menjadi lemah walaupun berdepan pelbagai tekanan, fitnah dan tuduhan yang didakwa bertujuan menggugat kekuatan parti.
Menurut laporan Kosmo, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai intimidasi serta tuduhan dilemparkan terhadap pimpinan parti dalam usaha mengaibkan dan mencalar reputasi mereka.
UMNO tak akan tunduk dengan tekanan

Namun katanya, semua cabaran itu sebenarnya menjadi ujian untuk menguatkan lagi kecekalan UMNO meneruskan perjuangan.
Kita ini pejuang UMNO, pejuang Melayu. Dicabar kita bangkit, ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan.
Kalau layar sudah dikembang, jangan gentar ombak lautan. Kalau sabar sudah tak terkekang, lagi ditekan, lagi kuat kita lawan.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Kejayaan di Johor dan Negeri Sembilan bukan mudah

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata kejayaan yang kembali memutik di Johor dan Negeri Sembilan tidak dicapai dengan mudah.
Sebaliknya, ia hadir selepas melalui pelbagai ujian susulan usaha penyatuan ummah yang disifatkan dicemburui pihak lawan.
Menurutnya, perjuangan UMNO merupakan satu sunnatullah yang penuh dengan ujian dan hanya mereka yang sabar mampu terus bertahan ketika berdepan tekanan.
Perjuangan ini adalah sunnatullah yang penuh dengan ujian. Kerana pejuang sejati yang sabar akan kekal berdiri walau dibadai taufan.
Nota Oh! Media:
Dalam apa juga perjuangan, tekanan dan kritikan memang tidak dapat dielakkan. Yang penting, setiap pihak perlu terus berpegang kepada prinsip, menjaga adab dan memastikan segala tindakan tidak menambah perpecahan.
Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.






