Diterjah tepat ke dada, Jesús De Miguel meninggal dunia selepas insiden cemas di padang

FootballSports
3 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Diterjah tepat ke dada, Jesús De Miguel meninggal dunia selepas insiden cemas di padang

Dunia bola sepak Sepanyol diselubungi berita duka apabila penyerang CD Tenerife, Jesús de Miguel, dilaporkan meninggal dunia selepas gagal pulih daripada kecederaan serius yang dialami ketika perlawanan menentang FC Andorra.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam pertembungan keras dengan penjaga gol Andorra, Jesús Owono, pada penghujung aksi divisyen kedua Sepanyol, Isnin lalu.

Insiden berlaku ketika kedua-dua pasukan terikat 2-2 apabila Owono yang keluar meninggalkan kawasan golnya bertembung dengan De Miguel sehingga menyebabkan penyerang Tenerife itu rebah di atas padang.

Owono dilayangkan kad merah susulan insiden berkenaan, manakala perlawanan dihentikan bagi membolehkan pasukan perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada pemain terbabit.

Lebih membimbangkan, laporan media Sepanyol sebelum ini menyebut De Miguel mengalami henti jantung ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan ambulans sebelum berjaya diselamatkan menerusi tindakan resusitasi.

Bagaimanapun, De Miguel akhirnya gagal mengatasi kesan serius akibat insiden berkenaan.

Pemergiannya pastinya menjadi kehilangan besar buat CD Tenerife, rakan sepasukan, keluarga serta seluruh komuniti bola sepak.

Takziah dan ucapan simpati ditujukan kepada keluarga, sahabat serta seluruh warga CD Tenerife yang terkesan dengan berita menyayat hati itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved