Mesra layan peminat ketika hiking, Kak KM terima pujian – “Terbaik tutup aurat”

14 Oct 2025 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menuai perhatian ramai apabila melakukan aktiviiti riadah mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan.

Mesra layan peminat

Menerusi perkongsian di Threads, salah seorang pendaki yang dikenali sebagai Aiman Mukhriz merakam gelagat mesra usahawan itu melayan karenah peminatnya untuk bergambar bersama.

image is not available

“Bertahun dah hiking, ini yang paling random,” ciapan Aiman di Threads.

Dalam perkongsian berasingan di Instagram, Kak KM turut membuat hantaran beberapa keping gambar dan rakaman video setelah berjaya menawan puncak gunung tersebut.

“Gunung Datuk memang mencanak,” kongsi Kak KM.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet memuji sifat Kak KM yang mesra melayan peminat biarpun penat terpaksa melalui trek pendakian yang serba mencabar.

Malah ada juga wargamaya yang gemar melihat penampilan usahawan itu yang lebih sopan menutup aurat dan tidak terlalu terdedah biarpun cuaca panas.

Sopan pula baju

image is not available

Tersangatlah friendly

image is not available

Hebat naik Gunung Datuk

image is not available

Terdahulu, usahawan itu menjadi bualan ramai apabila tampil behijab di majlis keagamaan, Mega Haflah 3.0 di Shah Alam, pada minggu lalu.

Difahamakan, anak kepada aktres Normah Damanhuri itu pernah menyimpan niat untuk berhijab namun masih cuba belajar dan perlahan-lahan menjadi muslimah yang lebih baik.

Sumber: Threads aimanmukhriz_, Instagram kakkmsayang