Dituduh perisik, pempengaruh Isa Isarb ditahan di Indonesia

LocalEntertainment
9 Nov 2026 • 9:13 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Dituduh perisik, pempengaruh Isa Isarb ditahan di Indonesia

KUALA LUMPUR - Pencipta kandungan digital, Isa Batharul Zaman atau dikenali sebagai Isa Isarb mendakwa ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini kerana disyaki sebagai perisik dari Malaysia.

Menurut Isa, dia dan pasukannya berada di Indonesia untuk penggambaran dokumentari mengenai jerebu dan semasa dalam perjalanan ke kawasan hutan terbakar, mereka didatangi 10 hingga 15 pegawai Indonesia yang bertanya sama ada dia adalah ‘Isa Batharul’.

Katanya, ketika disoal siasat di balai polis, Isa diminta membuka telefon bimbit dan menjelaskan tujuan sebenar kedatangannya ke Indonesia.

Dia diminta bermalam di lokap dan keesokannya, Isa dituduh sebagai perisik kerana kononnya terdapat bukti perbualan antara dirinya dengan beberapa ahli politik Malaysia.

"Perbualan dimaksudkan adalah antara saya dengan pasukan Timbalan Perdana Menteri; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil sedangkan semua itu hanyalah urusan jemputan untuk ditemu bual bagi dokumentari jerebu yang sedang kami rakam.

"Jemputan untuk saya ke Parlimen Malaysia pada minggu yang sama turut mengeruhkan keadaan semasa soal siasat.

"Hakikatnya, saya dijemput ke sana hanya untuk menemu bual ahli Parlimen berkenaan. Lokasi itu dipilih bagi menyesuaikan sesi temu bual dengan jadualnya yang padat, tambahan pula beliau baharu sahaja berkahwin," katany, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, dia dan pasukannya disoal siasat setiap hari sepanjang enam hari berada dalam lokap.

"Alhamdulillah, berkat hubungan baik antara kerajaan Indonesia dengan Malaysia, kami akhirnya berjaya dibawa pulang.

"Jutaan terima kasih kepada kerajaan Indonesia atas layanan yang adil sepanjang siasatan serta kerajaan Malaysia yang tidak melepaskan tangan kami ketika memerlukan bantuan," jelasnya.

Sementara itu, Isa memaklumkan, pihaknya merancang untuk memuat naik video dokumentari berkenaan di saluran YouTube Isa Isarb pada 16 November ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

"Saya akan cuba berkongsi pengalaman ini dengan lebih terperinci agar dapat dijadikan iktibar buat semua.

"Namun, kami tidak mahu kisah ini dijadikan bahan kempen atau digunakan untuk kepentingan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi menjelang hari mengundi PRN Melaka pada 14 November ini serta ketika isu jerebu semakin hangat di Indonesia," kata Isa. - 9 November 2026

The post Dituduh perisik, pempengaruh Isa Isarb ditahan di Indonesia appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved