
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di Malaysia, politik bukanlah sesuatu yang asing buat masyarakat memandangkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Malah, boleh dikatakan kebanyakan rakyat juga mempunyai parti-parti politik yang disokong mereka sama ada sedang memerintah sebagai kerajaan atau menjadi pembangkang.
Pun begitu, sehingga hari ini masih ada individu-individu tidak bertanggungjawab berpolitik dengan budaya menyebarkan kebencian serta fitnah demi menjatuhkan seseorang ahli politik.
Dituduh seleweng dana Mara, Dr Asyraf nak saman Papagomo RM1 juta
Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tindakan undang-undang terhadap Papagomo yang didakwa menuduhnya menyeleweng dana agensi itu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Dr Asyraf berkata dia mahu menyaman Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebanyak RM1 juta.
Difahamkan, Papagomo menuduh Dr Asyraf mengagihkan tender makanan dan projek-projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan menggunakan duit agensi itu untuk membeli lembu korban di Gerik, Kedah dalam satu siaran langsung di TikTok.
“Astaghfirullah, sejak bila saya terlibat dengan tender makan MRSM?
“Seluruh Malaysia tahu, saya sendiri terjah ke MRSM termasuk Dewan-Dewan Selera untuk pecahkan kartel yang antara penyebab kualiti penyediaan makanan yang menurun demi memastikan kebajikan dan keselesaan buat anak-anak pelajar,” katanya.
Asyraf Wajdi tiada kuasa dalam tender perolehan MARA
Menurutnya, sebagai Pengerusi MARA, beliau tidak terlibat dalam mana-mana mesyuarat tender perolehan MARA kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif.
Jelas Asyraf Wajdi, bagaimanapun sebagai pengerusi beliau mengambil tanggungjawab bersama ahli-ahli Majlis MARA untuk perketatkan aspek tadbir-urus agensi itu bagi memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa berkaitan isu-isu seperti tender.
“Satu lagi fitnah jahat beliau ialah lembu-lembu korban yang diagihkan kepada penduduk-penduduk Gerik adalah menggunakan duit MARA.
“Untuk pengetahuan semua, lembu-lembu itu semua adalah hasil sumbangan individu-individu dan sahabat-sahabat saya yang berniat korban untuk disumbangkan di Gerik dan Pasir Puteh Kelantan.
“Tidak ada satu sen pun wang MARA digunakan untuk membeli lembu-lembu korban seperti yang difitnah,” katanya lagi.
@drasyrafwajdi PAPAGOMO, SEE YOU IN COURT! “Dosa Fitnah lebih besar daripada Membunuh” (Al-Baqarah:191) Tular satu lagi siri fitnah oleh Papagomo atau nama sebenarnya Azri yang mendakwa kononnya saya mengagihkan tender makan dan projek-projek MRSM kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan menggunakan duit MARA untuk beli lembu korban di Gerik. Astaghfirullah, sejak bila saya terlibat dengan tender makan MRSM? Seluruh Malaysia tahu, saya sendiri #Terjah ke MRSM termasuk Dewan-Dewan Selera untuk pecahkan kartel yang antara penyebab kualiti penyediaan makanan yang menurun demi memastikan kebajikan dan keselesaan buat anak-anak pelajar. Sebagai Pengerusi MARA, saya tiada kuasa bahkan tidak pernah terlibat dalam mana-mana mesyuarat tender perolehan MARA kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif. Tetapi sebagai pengerusi, saya mengambil tanggungjawab bersama ahli-ahli Majlis MARA untuk perketatkan aspek tadbir-urus MARA bagi memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa berkaitan isu-isu tender seperti ini. Satu lagi FITNAH JAHAT beliau ialah lembu-lembu korban yang diagihkan kepada penduduk-penduduk Gerik adalah menggunakan duit MARA. Untuk pengetahuan semua, lembu-lembu itu semua adalah hasil sumbangan individu-individu dan sahabat-sahabat saya yang berniat korban untuk disumbangkan di Gerik dan Pasir Puteh Kelantan. TIDAK ADA SATU SEN PUN WANG MARA digunakan untuk membeli lembu-lembu korban seperti yang difitnah. Tuduhan ini amatlah melampau, mengaibkan dan menjejaskan reputasi saya. Kita jumpa di mahkamah. Saya akan saman RM1 juta. Budaya fitnah seperti ini tidak boleh dibiarkan. #SeeYouInCourt #TolakPolitikFitnah #FitnahPapagomo ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Notis tuntutan saman sudah diserahkan kepada Papagomo
Difahamkan, Asyraf Wajdi juga telah menyerahkan notis tuntutan saman kepada Papagomo di kediaman individu itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di Facebook pada semalam (9 Julai).
Ujar Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO itu, notis saman tersebut diserahkan peguamnya kepada Papagomo pada jam 2.15 petang.
“Cukuplah budaya politik kebencian dan fitnah murahan. Kita mesti ajar erti tanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan.
“Kalaupun tidak kisah dengan hukuman dunia, moga ada sekelumit perasaan takut pada azab Allah yang amat pedih akibat fitnah,” katanya.

![Peguam Dedah Kesan Diisytihar Muflis, Ramai Salah Faham Tentang Status Bankrupt [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/personal-finance.jpeg)
![“Makin Berusia, Makin Perlu Doa” – Aksi Lelaki Wakaf Barang Keperluan Di Masjid Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Dikritik Tak Jaga Pemakanan Anak, Ayah ‘Abang Aji’ Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)