Semalam menandakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Sudah pasti, pelajar-pelajar menjawab soalan dengan penuh debaran dan harapan.
Namun, bagi seorang pelajar SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Khairuddin, hari itu turut membawa berita duka apabila bapanya, Ustaz Md Nor bin Jusoh, meninggal dunia.
Sejurus keluar dari dewan peperiksaan, ahli keluarganya telah menunggu untuk menyampaikan berita itu dan membawanya pulang. Kesedihan terpancar di wajah Khairuddin, namun beliau ditenangkan oleh keluarga.
Kehilangan seorang insan yang menjadi peneman sejak kecil bukan mudah. Meski begitu, Khairuddin kelihatan tabah dan reda menghadapi ujian hidup tersebut.
Baca juga:
Keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh harapan… namun yang menyambutnya ialah berita paling pilu. Perginya seorang ayah saat anaknya masih berjuang demi masa depan. Salam takziah kepada Ahmad Khairuddin (calon SPM) atas kehilangan ayah tercinta, Ustaz Md Nor bin Jusoh. Semoga al-Marhum ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin
Menerusi hantaran di TikTok oleh tvpsssmkasaf, Khairuddin dilihat mengimamkan solat jenazah bapanya dan turut menyempurnakan pengkebumian hingga ke liang lahad.
Tindakan beliau kembali ke dewan peperiksaan untuk menjawab soalan kertas dua Bahasa Melayu mendapat pujian ramai netizen atas kekuatan semangat dan sifat reda yang ditunjukkan.
The post Diuji pemergian bapa pada hari pertama SPM, semangat Khairuddin raih pujian appeared first on The Reporter.




