DJ lelaki ditahan dalam Ops Noda 

25 Jul 2023 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai DJ di sebuah premis hiburan di sini, ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti hiburan awam lebih masa pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, sekitar jam 2.15 pagi di sebuah pusat hiburan di bandar ini.

Menurutnya, pasukan polis memeriksa premis tersebut semasa operasi tersebut selepas melihat masih beroperasi dengan muzik yang dimainkan dengan kuat.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan pelanggan berada di premis tersebut dan polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai DJ kerana didapati menjalankan aktiviti hiburan awam lebih masa seperti ditetapkan dalam syarat lesen premis,”katanya.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Katanya, polis turut merampas beberapa peralatan muzik serta barangan elektronik dalam serbuan tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 (Sabah No.23 of 1958).

Dalam pada itu, Jasmin mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang, boleh menghubungi Hotline Polis Tawau di talian 089-772121, laman sesawang Facebook IPD Tawau atau balai polis berdekatan.

Sementara itu, 10 keping saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau pada Ahad.

Menurutnya, empat individu berusia 22 hingga 39 tahun turut ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar ditetapkan selepas diuji menggunakan alat Screening Device II (SDII) di lokasi dan gagal ujian saringan awal.

Katanya, mereka kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) bagi mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati melebihi had dibenarkan.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, fokus utama operasi tersebut adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.