DJI Kini Berkongsi Sebahagian Butiran Penting Osmo Pocket 4P

TechnologyMovie
18 May 2026 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI akhirnya memperkenalkan Osmo Pocket 4P di pentas Festival Filem Cannes. Model ini merupakan versi dipertingkatkan daripada Osmo Pocket 4 yang diumumkan bulan lalu. Osmo Pocket 4P direka khusus untuk pembuat filem dan pencipta dokumentari sekali gus menandakan evolusi baharu kamera gimbal bersaiz poket.

Image from: DJI Kini Berkongsi Sebahagian Butiran Penting Osmo Pocket 4P

Walaupun DJI telah mendedahkan kamera baharu ini secara rasmi namun mereka masih belum berkongsi butiran penuh kerana pengumumannya agak terhad. Apa yang pasti, produk ini jelas menunjukkan Osmo Pocket 4P lebih baik berbanding Osmo Pocket 4 dari segi prestasi yang dijangka.

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah sistem imej generasi baharu dengan julat dinamik sinematik, sokongan 10-bit D-Log2 untuk aliran kerja pewarnaan yang profesional serta penstabilan canggih bagi rakaman sinematik lebih jelas.

Selain itu, Osmo Pocket 4P turut menawarkan kebolehan tangkapan potret yang lebih semula jadi dengan tona kulit yang realistik, fungsi zum yang dipertingkat untuk subjek jauh tanpa menjejaskan kualiti, serta prestasi lebih baik dalam keadaan cahaya rendah melalui sensor dan algoritma baharu.

Image from: DJI Kini Berkongsi Sebahagian Butiran Penting Osmo Pocket 4P

Di samping itu, kamera ini sesuai digunakan bersama ekosistem DJI melalui aksesori audio, gimbal penstabilan dan kuasa mudah alih seperti DJI Power 1000 Mini serta DJI Power 2000. Ia juga menyokong aliran kerja profesional dalam persediaan mudah alih sepenuhnya.

Osmo Pocket 4P akan dijual melalui laman web rasmi DJI dan pengedar sah kelak manakala harga serta konfigurasi akan diumumkan kemudian.