DJI Menjual Lebih Banyak Kamera Berbanding Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, dan Panasonic Sepanjang 2025

Technology
2 Oct 2026 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas telefon pintar mula diperkenalkan 19 tahun lalu, jualan kamera digital mula tergugat. Kualiti kamara telefon dirasakan cukup baik untuk majoriti konsumer. Kemudian sedekad lalu jualan kamera digital naik semula kerana peminat fotografi mahu mengambil gambar pada kualiti lebih tinggi dengan tetapan kamera lebih profesional.

Image from: DJI Menjual Lebih Banyak Kamera Berbanding Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, dan Panasonic Sepanjang 2025

Tetapi pasaran kamera digital kini digugat pula oleh kamera gimbal kompak dengan CineD melaporkan DJI menjual lebih banyak kamera nircermin sepanjang 2025 berbanding gabungan jualan kamera oleh ahli Camera & Imaging Products Association (CIPA) iaitu Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, Panasonic dan Casio.

Menggunakan data IDC dan CIPA, DJI menjual lebih 10 juta unit kamera gimbal kompak sementara ahli persatuan CIPA menjual 9.4 juta kamera. Pada Q2 2026 sahaja, sebanyak 5.9 juta kamera gimbal kompak telah dijual. Daripada jumlah ini DJI menjual satu untuk setiap empat kamera sementara Insa360 pula menjual satu untuk setiap lima kamera yang dijual. DJI dan Insta360 menguasai pasaran kamera gimbal kompak dunia pada masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved