Nikon Z5IIC Dilancarkan – Kamera Bingkai Penuh 24.5MP Dengan Teknologi Autofokus AI

TechnologyDigital
25 Sep 2026 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nikon memperkenalkan Z5IIC sebagai kamera nircermin bingkai penuh yang direka untuk pemula namun masih menawarkan spesifikasi teknikal yang baik. Ia menggunakan sensor CMOS 24.5MP BSI (FX) bersama enjin pemprosesan imej EXPEED 7 yang mampu memberikan kualiti imej lebih terperinci.

Image from: Nikon Z5IIC Dilancarkan – Kamera Bingkai Penuh 24.5MP Dengan Teknologi Autofokus AI

Nikon Z5IIC hadir dengan sistem autofokus berasaskan AI yang mampu mengesan subjek secara automatik termasuk tambahan baharu seperti ikan. Ciri ini menjadikan pengalaman fotografi lebih lancar. Penstabil imej dalam badan (VR) sehingga 7.5 hentian pula memastikan rakaman stabil walaupun dalam keadaan mencabar.

Untuk video, kamera ini menawarkan rakaman 4K UHD 60fps melalui mod Crop DX serta FHD 120fps dengan sokongan gerak perlahan 4× dan 5×. Ia juga menyokong format H.265 10-bit MOV, N-Log dan N-RAW 12-bit untuk lebih banyak pilihan untuk penghasilan video profesional. Sambungan USB (UVC/UAC) membolehkan kamera digunakan sebagai webcam, menjadikannya serba guna untuk fotografi dan penstriman.

Image from: Nikon Z5IIC Dilancarkan – Kamera Bingkai Penuh 24.5MP Dengan Teknologi Autofokus AI

Fungsi Product Review Mode memastikan fokus automatik pada objek di mana ciri yang berguna untuk pencipta kandungan. Z5IIC turut menawarkan rakaman berterusan sehingga 14 bingkai sesaat dengan fungsi Pre-Release Capture yang mampu merakam sehingga satu saat sebelum butang pengatup ditekan.

Integrasi dengan aplikasi SnapBridge membolehkan pemindahan imej secara automatik serta simulasi pembelajaran fotografi, manakala sokongan Nikon Imaging Cloud memudahkan pengurusan data selepas rakaman. Fungsi Film Grain menambah kesan klasik seakan kamera filem pada hasil rakaman.

Image from: Nikon Z5IIC Dilancarkan – Kamera Bingkai Penuh 24.5MP Dengan Teknologi Autofokus AI

Kamera ini turut dilengkapi tubuh Magnesium alloy dengan perlindungan debu dan air untuk ketahanan lebih baik. Ia hadir bersama skrin 3.2″ dengan kawalan sesentuh yang mesra pengguna. Z5IIC akan tersedia pertengahan Oktober 2026 dengan harga $1399.95 (~RM5,704) untuk tubuh sahaja atau $1699.95 (~RM6,927) bersama lensa NIKKOR Z 24‑50mm f/4‑6.3.

Sumber: Nikon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved