DJI Osmo 360 II Dilancarkan Dengan Lensa Boleh Tukar Dan Rakaman 8K

TechnologyDigital
14 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI melancarkan Osmo 360 II di China, iaitu kamera aksi 360 darjah generasi baharu yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan berbanding model terdahulu. Ia juga berpotensi menjadi pesaing buat kamera aksi baharu Insta360 X6.

Image from: DJI Osmo 360 II Dilancarkan Dengan Lensa Boleh Tukar Dan Rakaman 8K

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah rakaman video panorama 8K60fps, sokongan rakaman selang masa (timelapse) sehingga 16K, serta sistem lensa boleh diganti dengan lapisan kaca tahan calar untuk ketahanan lebih baik. Ia turut dilengkapi dwi-sensor CMOS 1/1.1” dengan julat dinamik sehingga 14.5 hentian. Selain itu, kamera ini menyokong rakaman video gerak perlahan 4K240fps dan mampu menghasilkan imej statik sehingga 120MP dalam format HDR.

Image from: DJI Osmo 360 II Dilancarkan Dengan Lensa Boleh Tukar Dan Rakaman 8K

DJI Osmo 360 II juga menawarkan teknologi AI seperti SuperNight 2.0 untuk rakaman dalam keadaan cahaya rendah serta penjejakan subjek (subject tracking) bagi memastikan subjek sentiasa berada di bingkai. Kamera ini dilengkapi bateri berkapasiti 2,150mAh yang mampu merakam sehingga 100 minit dengan sokongan storan sebanyak 105GB. Antara ciri tambahan lain termasuk tapak magnet dua hala, NFC Quick Connect, serta kemampuan kalis air sehingga 10 meter (atau sehingga 50m dengan kerangka khas).

Image from: DJI Osmo 360 II Dilancarkan Dengan Lensa Boleh Tukar Dan Rakaman 8K
Image from: DJI Osmo 360 II Dilancarkan Dengan Lensa Boleh Tukar Dan Rakaman 8K

Osmo 360 II dijual di China bermula pada harga CNY3,299 (~RM1,999) bergantung pada pakej yang ditawarkan. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran global, namun perincian lanjut dijangka akan diumumkan kemudian.

Sumber – Osmo 360 II

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved