DJI Osmo Action 4 Malaysia: Sensor lebih besar tapi banyak benda lama

Digital
3 Aug 2023 • 7:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI telah lancarkan sekuel untuk siri kamera aksi Osmo Action mereka. Osmo Action 4 hadir untuk bertembung dengan GoPro Hero 11 Black. Secara fizikalnya, ia kelihatan sama sahaja dengan DJI Osmo Action 3 yang mereka lancarkan tahun sudah. Sama seperti rupanya, helaian spesifikasi pun tak banyak beza dengan edisi sebelumnya.

image is not available

Bentuk yang sama, ia juga ada jisim yang sama pada 145g. Spesifikasi skrin LCD depan dan belakang pun sama. Untuk bahagian depan, anda beroleh skrin 1.4" dengan kepadatan piksel 320ppi sementera di bahagian belakang ada skrin 2.25" beresolusi 640 x 360. Ciri Quick Release yang diperkenalkan sejak Action 2 masih dikekalkan bermakna semua aksesori pemegang kamera masih boleh digunakan.

image is not available

Perubahan terbesar Action 4 berbanding Action 3 adalah pada sensor pengimejan. Kompnen itu telah dinaik taraf kepada yang bersaiz 1/1.3" ataupun 58% lebih besar berbanding sebelumnya. Jangkakan prestasi gambar malam yang lebih baik namun disebabkan dimensi lensa yang berbeza, aksesori lensa daripada Action 3 tidak akan padan dengan Action 4.

image is not available

Lagi benda baharu pada Action 4 adalah ada aksesori baharu diperkenalkan. Ia adalah alat kawalan Bluetooth ber-GPS. Selain diguna untuk mengawal kamera daripada jauh menggunakan butang-butang fizikal, ia juga akan merekodkan data lokasi yang boleh digunakan sewaktu penyuntingan video untuk anda masukkan maklumat telemetri.

image is not available

Di sudut pengimejan dan video, tidak ada perubahan sangat pun boleh dicerap. Ia masih boleh rakam video 4K pada kadar 120fps ataupun video gerak perlahan 240fps pada resolusi FHD. Kadar bit kekal pada 130Mbps tapi daripada segi penstabil imej, DJI memperkenalkan RockSteady 3.0+ yang katanya beri prestasi penstabilan imej lebih baik.

image is not available

Bateri yang sama daripada Action 3 juga digunakan pada Action 4. Anda beroleh bateri berkapasiti 1,770mAh untuk memberikan kuasa sekitar 110 minit rakaman pada kamera ini.

image is not available

Dengan perubahan yang minimum ini, DJI Action 4 ditawarkan pada harga bermula RM1,899 untuk Standard Cobo. Pengguna juga boleh memilih Adventure Combo yang berharga RM2,399 untuk beroleh aksesori tambahan seperti galah selfie, dua bateri tambahan, dan bekas pengecas tiga slot. Sebagai perbandingan, harganya RM200 lebih mahal daripada Action 3 sewaktu dilancarkan.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan