Kamera DJI Osmo Action 4 Boleh Dibawa Menyelam Sehingga 18 Meter

TechnologyDigital
3 Aug 2023 • 7:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera aksi DJI Osmo Action 4 dilancarkan secara rasmi semalam dengan ia mempunyai beberapa keupayaan yang pastinya menarik minat pengguna aktif. Ia dilengkapi sensor 1/1.3-inch CMOS yang dipadankan kepada sebuah lensa 155° f/2.8. Ia boleh melakukan rakaman video sehingga 4K 120FPs 10-bit. Terdapat juga mod untuk melakukan rakaman menegak bagi mereka yang ingin menghasilkan kandungan TikTok dan Instagram Stories.

image is not available

Menerusi sistem 360 Horizon Steady, rakaman video yang sentiasa mengekalkan bahagian ufuk walaupun pemakai berputar semasa rakaman dilakukan. Ciri RockSteady 3.0 pula memastikan video kekal stabil dengan gegaran dikurangkan.

Osmo Action 4 hadiri dengan tubuh tahan lasak yang boleh menahan hentakan. Ia turut boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 19 meter. Kerana ia sebuah kamera aksi, ia boleh digunakan dalam julat suhu-20° hingga 45° C. Seperkara lagi yang menarik ialah ia turut dilengkapi dua skrin LCD dengan sokongan sesentuh.

image is not available

Bateri yang disertakan sebesar 1770 mAh yang boleh memberikan tempoh rakaman sehingga 2.5 jam. Sistem pengecasan pantas membolehkan bateri ini dicas sehingga 80% dalam masa hanya 18 minit.

DJI Osmo Action 4 dijual pada harga RM1899 untuk kamera sahaja dan RM2389 untuk Adventure Combo yang hadir dengan beberapa aksesori tambahan.