
PETALING JAYA – DJI Malaysia komited untuk menawarkan inovasi terkini dalam membina dunia yang lebih baik dan terus memacu kemajuan manusia yang berbekalkan pendekatan berorientasikan penyelesaian dan semangat ingin tahu yang tinggi.
Menurut syarikat yang merupakan peneraju global dalam teknologi dron awam dan kamera kreatif, ia juga mahu memperluaskan kepakarannya di dalam pelbagai bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, pertanian, keselamatan awam, ukur dan pemetaan serta pemeriksaan infrastruktur.
Jelasnya, antara kemajuan yang di bawa adalah kamera generasi baharu yang dibangunkan berasaskan lebih dua dekad kepakaran dan inovasi syarikat dalam industri menggabungkan teknologi kawalan herotan daripada fotografi udara.
Terbaharu adalah kejayaan syarikat memperkenalkan DJI Osmo 360 II di pasaran negara ini yang dilengkapi teknologi pengimejan panorama terunggul terbaru.
Menurutnya, ciri lain turut merangkumi penstabilan daripada siri gimbal profesional Ronin serta kepakaran sains warna yang diperkembangkan melalui beberapa generasi kamera Osmo Action.
“Menambah baik keupayaan kamera 360° pertama DJI, DJI Osmo 360, dan DJI dron 360° pertama syarikat, Avata 360, DJI Osmo 360 II menawarkan keupayaan pengimejan yang lebih canggih untuk pengalaman rakaman 360° yang dipertingkatkan.
“Penderia imej HDR segi empat terkini pada DJI Osmo 360 II meningkatkan penggunaan sensor sebanyak 25 peratus sekali gus mengurangkan penggunaan kuasa sambil memastikan rakaman kekal jelas dan bersih sama ada pada waktu siang atau malam,” katanya dalam kenyataan.
Dipadankan dengan AI SuperNight 2.0, DJI Osmo 360 II merakam imej dalam keadaan cahaya malap dengan hasil yang sangat kemas dan jelas selain peningkatan dalam kualiti pengimejan di mana kamera 360° baharu ini turut dilengkapi dengan kanta ultra-keras yang boleh diganti1 serta storan terbina dalam berkapasiti 105 GB.
Tambah syarikat , DJI Osmo 360 II boleh dipasang dengan mudah dan selamat pada motosikal untuk merakam perjalanan dari pelbagai sudut yang unik dengan Kawalan Isyarat dan Kawalan Suara bagi memulakan rakaman dengan lebih mudah tanpa perlu mengalihkan tangan daripada hendal.
Katanya, kamera itu juga boleh digunakan terus untuk merakam di bawah air sehingga kedalaman 10 meter tanpa memerlukan sarung tambahan di mana bagi aktiviti menyelam lebih dalam, pengguna boleh menggunakan Sarung Kalis Air Halimunan untuk meneroka kedalaman sehingga 50 meter¹.
Jelas syarikat, kamera tersebut turut boleh digunakan dalam suhu serendah -20 celcius dan rakaman boleh dimulakan dengan hanya memusingkan tongkat swafoto dua kali dan boleh mendapatkan perspektif seakan-akan rakaman dari udara untuk menghasilkan rakaman yang lebih sinematik.
“Bagi pengguna berbasikal, teknologi penstabilan berkuasa membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil walaupun melalui laluan tidak rata dan engguna juga boleh menambah Sports Dashboard untuk memaparkan data perjalanan dan menjadikan video berbasikal lebih menarik.
“Kamera ini memudahkan pengguna merakam video swafoto secara bersendirian, dengan Tongkat Swafoto Halimunan bertindak seperti kru kamera peribadi yang sentiasa menemani di mana dengan Rakaman Dwi, pengguna boleh merakam pemandangan di sekeliling serta diri sendiri atau rakan dalam satu bingkai, menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan imersif,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post DJI perluas kemahiran dalam bidang tenaga boleh baharu, pertanian, pemeriksaan infrastruktur appeared first on Kosmo Digital.




