DKSH laksanakan transaksi berulang pihak berkaitan RM13 juta bagi menyokong operasi perniagaan

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

DKSH laksanakan transaksi berulang pihak berkaitan RM13 juta bagi menyokong operasi perniagaan Image from: DKSH laksanakan transaksi berulang pihak berkaitan RM13 juta bagi menyokong operasi perniagaan amree05/08/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 OgosDKSH Holdings (Malaysia) Berhad melaksanakan transaksi berulang pihak berkaitan (RRPT) dengan nilai keseluruhan RM12.96 juta dari 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia menegaskan semua urus niaga dibuat telus, dengan terma komersial biasa serta tidak menjejaskan kepentingan pemegang saham minoriti.

 

Tambahnya lagi, nilai RRPT tersebut mewakili nisbah peratusan sebanyak 1.2%, serta perlu dilaporkan selaras dengan ketetapan Perenggan 10.09(1)(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

"Transaksi ini merupakan urusan harian yang diperlukan bagi menyokong operasi perniagaan dan dilakukan berdasarkan syarat komersial setara dengan urus niaga bersama pihak luar," jelas DKSH.

 

Daripada jumlah keseluruhan RM12.96 juta itu, sebanyak RM10.9 juta melibatkan penyediaan perkhidmatan pengurusan oleh kumpulan DKSH Holding Ltd kepada DKSH Malaysia dan subsidiarinya.

 

Sementara baki kira-kira RM2.06 juta pula jelas kumpulan tersebut, membabitkan urusan pembayaran faedah membabitkan pinjaman antara syarikat oleh DKSH Malaysia kepada DKSH Holding Ltd.

 

DKSH_DagangNews2026

 

Syarikat turut menegaskan yang RRPT berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan, pegangan saham pemegang saham utama atau pun struktur pemilikan kumpulan berkenaan.

 

"Transaksi ini dijangka tidak memberi impak material terhadap pendapatan sesaham (EPS), aset bersih sesaham (NAPS) serta tahap penggearan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026," katanya.

 

DKSH memaklumkan beberapa pengarah yang ada kepentingan dalam RRPT itu menarik diri daripada semua perbincangan dan proses pengundian berlaku di peringkat Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Audit.

 

Keseluruhan transaksi itu tambahnya, adalah adil, munasabah, dibuat mengikut terma komersial biasa serta berada dalam kepentingan terbaik syarikat tanpa menjejaskan pemegang saham minoriti.

 

Lembaga Pengarah, kecuali pengarah berkepentingan, turut menyokong pandangan Jawatankuasa Audit dan berpandangan semua transaksi mematuhi amalan tadbir urus korporat serta dibuat secara profesional.

 

RRPT itu tidak memerlukan kelulusan pemegang saham, dan membolehkan DKSH meneruskan operasi harian tanpa sebarang perubahan terhadap struktur korporat atau kedudukan kewangan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved