Doa Buat Masjid Al-Aqsa & Malaysia, JAKIM Anjur Solat Hajat Jumaat Ini

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Doa Buat Masjid Al-Aqsa & Malaysia, JAKIM Anjur Solat Hajat Jumaat Ini

Tiga masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi memohon perlindungan Allah SWT untuk Masjid Al-Aqsa di Palestin serta keselamatan Malaysia daripada musibah jerebu.

Ketiga-tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

JAKIM anjur Solat Hajat

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pelaksanaan solat hajat itu adalah sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan serta menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sehubungan dengan itu, tiga masjid utama di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada minggu ini.

"Di samping bacaan doa khusus bagi memohon agar Masjid Al-Aqsa terus dilindungi daripada pencerobohan dan kezaliman, serta Malaysia dipelihara daripada bencana jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Baca juga:

Menerusi kenyataan media itu, JAKIM turut berkata umat Islam diseru agar bersama-sama mengimarahkan masjid, memperkukuh kesatuan ummah dan memperbanyakkan doa agar Allah SWT mengurniakan perlindungan, keselamatan dan rahmat kepada saudara-saudara di Palestin serta seluruh rakyat Malaysia.

"Semoga usaha ini menjadi wadah menyatukan hati umat Islam dalam menghayati tanggungjawab bersama, memperteguh solidariti terhadap Palestin dan memohon kesejahteraan buat negara yang kita cintai," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved