Suspek kes simbah cecair busuk dalam masjid disambung reman

20 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek kes simbah cecair busuk dalam masjid disambung reman

TUMPAT – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat Masjid Al-Aziz, Kota SPP Warisan di sini pada 5 Oktober lalu disambung reman tiga hari.

Perintah lanjutan reman terhadap suspek berusia 38 tahun yang bermula esok hingga Jumaat ini dibenarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, lanjutan reman terhadap suspek dijalankan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat masjid itu.

Media sebelum ini melaporkan, kejadian itu dikesan selepas polis menerima maklumat awam kira-pukul pukul 6.35 pagi pada 5 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek kes simbah cecair busuk dalam masjid disambung reman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved