'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

27 Aug 2026 • 1:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

JODOH ajal dan maut di tangan ALLAH. Takdir tertulis jodoh hanya tiga hari, seorang wanita terpaksa menerima kenyataan pemergian suami ketika baharu mengecap bahagia rumah tangga.

Pemergian Muhammad Alif Ahmad Rozaini, 24, amat dirasai isteri sementelah masih dalam fasa pengantin baharu dan belum pun genap seminggu mendirikan rumah tangga. 

Berita pilu itu terdahulu dikongsikan jurugambar Izzat Najmi Bederulhisham menerusi laman sosial TikTok yang menerima 1.6 juta tontonan.

"Alif ialah klien Izzat Pawana. Baharu dua hari lepas kami shoot majlis bernikah dan persandingannya di Melaka. Hari ini kami dikejutkan dengan berita arwah telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Image from: 'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

"Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Semoga isteri arwah yang turut terlibat dalam kemalangan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.Salam takziah buat seluruh keluarga arwah," kongsi Izzat.

Lebih memilukan, Izzat sebagai jurugambar bertugas sempat berkongsi momen arwah yang menitiskan air mata selepas bergelar suami. Malah rakaman video pernikahan pasangan itu menimbulkan rasa pilu.

"Bahagian yang paling menyentuh hati saya semasa merakamkan pernikahan mereka ialah ketika Alif menangis selepas ijab dan kabul sah menjadi suami kepada Hanim.  Waktu itu, tangisan bahagia seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami.

"Tidak pernah terlintas, hanya dua hari selepas momen itu, tangisan dan senyuman yang Izzat rakam menjadi antara kenangan terakhir Alif bersama Hanim. Kini, video momen tersebutlah yang membuatkan kami semua menangis," kongsinya.

Image from: 'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

Sementara itu, kakak Allahyarham Muhammad Alif, Ummi sempat berkongsi catatan pilu dan kata-kata semangat buat adik iparnya, Noor Azilah Hanim Mohd Tajuddin.

"Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik saya. Adik yang sangat-sangat baik. Hanim sentiasa adik ipar akak selamanya.

"Pada 25 Ogos jam lebih kurang pukul 3.15 petang, adik saya bersama isterinya telah dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Bezza di hadapan Jalan Hospital Tampin. 

"Kedua-duanya dikejarkan terus ke Unit Kecemasan. Disebabkan kecederaan dalaman yang dialami, mereka dipindahkan ke Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

"Akhirnya adik saya telah menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 7.43 pagi 26 Ogos 2026. Adik ipar saya masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mengalami kecederaan patah pada bahagian kaki dan tangan," kongsinya.

Dalam pada itu, Ummi yang dihubungi SinarPlus turut merayu orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih berkaitan keadaan adik iparnya.

Image from: 'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

"Mohon stop spekulasi yang mengatakan adik ipar saya sudah tiada. Doakan kesembuhan dan kesihatan dia. 

"Kami sayang Alif dan Hanim," titipnya.

Dalam pada itu, Noor Azilah Hanim pada laman TikTok miliknya memuat naik kenangan perkahwinan bersama Allahyarham.

Wanita itu menulis kapsyen yang menyentuh hati.

"Ramai rupanya sayangkan baby, insyaAllah ramai nak jaga sayang kat sini. BB tunggu sayang kat pintu syurga tau," titipnya.

Media terdahulu berkongsi kronologi kemalangan yang menimpa pasangan berkenaan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 0.7, Jalan Tampin-Gemas, Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Bezza, Perodua Viva dan Yamaha Xmax.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa (Muhammad Alif) menunggang skuter Yamaha Xmax bersama isterinya (Noor Azilah Hanim) sebagai pembonceng.

Image from: 'Tunggu sayang di pintu syurga.' Air mata bahagia pengantin baharu bertukar duka, 3 hari nikah suami maut kemalangan

“Berdasarkan siasatan awal, nahas berlaku ketika Perodua Bezza yang dipandu lelaki tempatan berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke Gemas.

“Setiba di lokasi, kenderaan itu dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa bersama isterinya,” katanya kepada Kosmo.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, Perodua Bezza tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah Perodua Viva yang dipandu wanita tempatan berusia 39 tahun.

Katanya, penunggang motosikal dan isterinya mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Pilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa, manakala isterinya cedera parah di kepala,” katanya.

 

Nenek hembuskan nafas terakhir tepat masa atuk angkat takbir. Ibu biar atuk habiskan solat dulu. Habis je bagi salam ibu terus bagitau atuk.

"Atuk memang sayang nenek sangat. Dari dulu sampai la dah tua, atuk tak pernah berhenti manjakan nenek. Birthday pun masih nak buat surprise untuk nenek. Semoga atuk terus kuat, dan semoga ALLAH tempatkan nenek dalam kalangan orang-orang yang beriman' - Cucu

Muzik: Alice in Winter Departure (SoundStripe)

Video: ninaaaaaazli

#suamiisteri #meninggaldunia #sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved