“Doakan Hubungan Kami Berkekalan” – Noor Nabila Perkenal Kekasih Hati, Pilih Jejaka 10 Tahun Lebih Muda

EntertainmentLifestyle
6 Feb 2026 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan Noor Nabila mengesahkan foto jejaka berjambang yang dimuat naik di InstaStory miliknya semalam adalah kekasih hati yang sedang dikenalinya sejak April tahun lalu.

Nabila, atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, berkata hubungan yang dibina bersama jejaka dikenali sebagai Mr AA itu dijalani secara serius dan matang. Beliau berharap hubungan tersebut berjalan lancar hingga ke mahligai perkahwinan.

Advertisement

image is not available

Menurut Nabila, perbezaan usia bukanlah ukuran utama dalam menentukan keserasian. Sebaliknya, kematangan, cara layanan dan sikap seseorang lebih penting untuk membina hubungan yang sihat.

“Apa yang membuatkan saya selesa adalah sifatnya yang ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Malah dia juga memiliki naluri kebapaan yang semula jadi, dan itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu,” katanya.

image is not available

“Doakan semoga hubungan yang baru terjalin ini berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya lagi.

Semalam, perkongsian foto Nabila bersama seorang lelaki berjambang mencuri perhatian ramai apabila memperlihatkan lelaki berkenaan merangkul pinggangnya, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi netizen. Dalam foto tersebut, lelaki itu tampil ringkas berkemeja putih manakala Nabila mengenakan gaun berwarna ungu.

Bagaimanapun, Nabila menegaskan beliau dan Mr AA masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan besar.

“Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan kini rakan kongsi perniagaan saya. Pada tahap usia dan pengalaman hidup sekarang, saya lebih menghargai ketenangan, keselamatan emosi dan cara berfikir berbanding perkara lain,” jelasnya.

Menurut Nabila, meskipun terdapat perbezaan usia 10 tahun, beliau selesa berkawan rapat dengan Mr AA yang disifatkan sebagai individu penyayang serta pandai memasak. Hubungan mereka juga terbuka ke arah perkahwinan dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-04 16:39:13

"Happy For You Sis" - Noor Nabila 'Soft Launch' Kekasih Baharu, Netizen Bagi 'Green Light'

The post “Doakan Hubungan Kami Berkekalan” – Noor Nabila Perkenal Kekasih Hati, Pilih Jejaka 10 Tahun Lebih Muda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.