
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kanser kolon yang berlaku pada bahagian usus besar merupakan salah satu kanser yang banyak dilaporkan di Malaysia.
Memandangkan kanser ini berlaku di dalam usus, ia turut dikaitkan dengan gaya hidup termasuk pengambilan makanan.
Oleh yang demikian, diet yang bersesuaian dan tinggi serat penting bagi mengurangkan risiko kanser kolon.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hidap 3 Jenis Kanser, Akhirnya Berjaya Tamatkan Degree Dalam Tempoh 8 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya
Ini 4 Makanan Yang Dapat Bantu Kurangkan Risiko Kanser Kolon
Menerusi hantaran di TikTok (@dr.karanr), doktor perubatan Dr Karan Raj, telah berkongsi empat makanan yang dapat menurunkan risiko seseorang menghidap kanser kolon.
Katanya, dia mengamalkan keempat-empat makanan itu setiap hari.
#1. Yogurt
Makanan pertama yang disarankan oleh Dr Karan ialah yogurt yang menjadi hidangan asasinya bagi kesihatan perut dan merupakan sumber kalsium tinggi.
Memetik satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cancer, pengambilan kalsium tambahan sebanyak 300mg dikaitkan dengan pengurangan kanser kolon sebanyak 8%.
Katanya, kedua-dua yogurt tenusu mahupun yang berasaskan tumbuh-tumbuhan mampu mengurangkan risiko tersebut.
Tambah Dr Karan lagi, satu kajian lain mendapati lelaki yang mengambil dua hidangan yogurt setiap minggu mempunyai kurang polip iaitu tumbuhan pra-kanser.

#2. Prebiotik
Pengambilan prebiotik penting sebagai ‘makanan’ buat probiotik seperti yogurt. Dr Karan mencadangkan pengambilan buah-buahan beri seperti strawberi, raspberi dan blackberi.
Malah buah-buahan beri ini senang untuk dicampurkan bersama yogurt, seterusnya menghasilkan kesan sinbiotik (prebiotik dan probiotik) secara semula jadi.
Dia menerangkan bahawa prebiotik merupakan subset serat dengan khasiat kesihatan, namun bukan semua serat ialah prebiotik.
Katanya, pengambilan prebiotik dikaitkan dengan risiko rendah kanser kolon. Ini kerana ia menjadi sumber tenaga buat mikrob di dalam usus, seterusnya menghasilkan metabolit pelindung pada kolon.

#3. Serat
Selain prebiotik, pengambilan serat seperti kacang juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon.
Menurut Dr Karan, kebanyakan individu tidak mencapai tahap serat harian yang disarankan.
Dalam masa sama, kajian mendapati pengambilan serat dengan lebih banyak dapat mengurangkan risiko kanser kolon, terutamanya dalam individu yang kerap mengambil daging merah diproses.
“10g serat tambahan setiap hari, iaitu bersamaan dengan separuh biji avokado dan secawan buah-buahan beri, mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 10%,” katanya memetik kajian dalam BMJ Journal.

#4. Kopi O
Di samping itu, Dr Karan turut meminum sekurang-kurangnya satu cawan kopi O setiap hari.
Katanya, serat prebiotik dan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan, mempunyai kesan perlindungan terhadap kerosakan DNA buat sel di dalam usus besar.
Jika anda sensitif dengan kafein, boleh juga minum decaf kopi kerana akan dapat menikmati kebaikan sama.
Dr Karan menjelaskan bahawa kajian yang diterbitkan pada 2019 mendapati pengambilan tinggi kopi dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser kolon sebanyak 15% hingga 21%.

@dr.karanr 4 foods to reduce your risk of colon cancer
♬ original sound – Dr Karan Rajan
Tonton video penuh [DI SINI].
Dr Karan Jelaskan Stew Epal Dapat Bantu Kesihatan Usus
Dr Karan sebelum ini menjelaskan bahawa stew epal dapat juga dapat membantu meningkatkan kesihatan usus.
Ini kerana buah itu mengandungi serat boleh larut pektin dan polifenol yang akan terurai apabila dimasak.
Pektin oligosakarida dalam bentuk yang senang larut akan lebih mudah untuk ditapaikan oleh bakteria usus.
Bakteria usus kemudiannya dapat menghasilkan lebih banyak rantai pendek asid lemak yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan menguatkan lapisan usus.
Polifenol pula akan dibebaskan apabila epal dimasak, seterusnya meneutralkan radikan bebas berbahaya yang boleh meningkatkan risiko kanser, diabetes dan penyakit jantung.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Jelaskan Bagaimana Stew Epal Dapat Bantu Kesihatan Usus
Lelaki Lebih Berisiko Mengalami Kanser Kolorektal
Menurut Pantai Hospitals, kanser kolorektal (termasuk kanser kolon) adalah kanser yang paling biasa dialami oleh individu lelaki di Malaysia dengan kira-kira 15 dalam 100,000 lelaki menghidapnya.
Ia juga merupakan penyebab kematian ketiga utama akibat kanser di Malaysia. Individu yang lebih berisiko mengalami kanser kolorektal termasuk:
- Lelaki.
- Umur melebihi 50 tahun.
- Mengalami kolitis ulseratif atau penyakit Crohn (keradangan kolon).
- Sejarah keluarga.
- Penyakit yang diwarisi akibat keadaan genetik.
- Diet tinggi lemak, daging merah dan makanan diproses serta rendah serat.
- Kurang bersenam dan obesiti.
- Merokok.
- Pengambilan alkohol berlebihan.
Di peringkat awal, kanser kolorektal mungkin tidak menunjukkan simptom yang jelas. Namun ia boleh dikenal pasti melalui saringan aktif. Antara simptom kanser kolorektal adalah:
- Najis berdarah.
- Perubahan corak usus (cirit-birit atau sembelit).
- Perubahan dalam konsistensi najis.
- Kehilangan berat badan tanpa niat.
- Sakit perut.
- Muntah.
- Merasa usus tidak dikosongkan dengan sempurna selepas membuang air besar.
- Lesu.
- Kerap mengalami sakit gas atau kekejangan.
- Rasa kenyang atau kembung.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Bubur Talbinah Makanan Sunnah Rasulullah SAW, Ini Cara Membuatnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga




