“Lepas Rindu”- Gelagat Atok Terkejut Cucu Pulang Raih Perhatian Ramai [Video]

18 Sep 2025 • 3:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Selain ibu bapa, tak dinafikan datuk dan nenek juga merupakan salah seorang insan yang rapat dengan anak-anak.

Malah kata orang datuk dan nenek akan memanjakan cucu lebih daripada melayani anak sendiri.

Katakan apa sahaja kehendak di hati, pasti akan dituruti oleh datuk dan nenek. Bahkan ada juga segelintir daripada kita yang mungkin membesar bersama datuk dan nenek atau kerap berjumpa dan membuatkan hubungan itu lebih akrab.

Cucu buat kejutan jumpa atok raih perhatian

Baru-baru ini tular satu video memaparkan gelagat datuk dan cucu lelakinya yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mama Qiqibs di TikTok, awalnya kelihatan datuk sedang menaiki kenderaan bersama cucunya yang digelar Along.

Namun ketika sedang berbual tiba-tiba kedengaran suara seorang lagi cucu lelakinya yang dipanggil Afiq dari bahagian belakang.

Melihat perkara itu, kelihatan si datuk terkejut sambil menjerit ‘wei!’ pada cucunya itu.

Saling tertawa dan melepaskan rindu antara satu sama lain

Sebaik melihat kemunculan cucu yang dirinduinya itu, kelihatan mereka berdua tertawa sesama sendiri.

Malah cucunya yang memakai baju kelabu itu turut menjerit memanggil ‘atokkkk’ sambil mereka berpelukan di dalam kereta.

Bukan hanya itu, kelihatan datuk mencium dan memeluk cucu yang disayangi seperti melepaskan rindu setelah lama menanti kepulangannya.

Afiq kemudian memaklumkan kepada datuknya yang dia sudah sampai pada pagi tadi.

Dalam video itu kelihatan mereka saling bertanya khabar antara satu sama lain dan menzahirkan rasa rindu yang lama dipendam selain berbalas ciuman.

Ramai suka dan sebak lihat gelagat dua beranak

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang suka serta sebak melihat gelagat dua beranak itu.

Malah ada yang mengatakan perkara itu membuatkan mereka terkenang datuk di kampung atau kenangan bersama arwah datuk masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah Afiq cucu pertama, namun ibunya, Mama Qiqibs memaklumkan dia adalah anak kedua dan along yang digelar dalam video merupakan anak pertama.

Jelas wanita itu lagi, Afiq merupakan salah satu cucu yang sangat rapat dengan datuknya.

Ada yang sempat bergurau dengan mengatakan harta milik datuk pastinya sudah dipindahkan kepada nama Afiq.

“Dik ni abang confirm, tanah 100% atas nama kamu dik”

image is not available

“Bestnya ada atok. Cemburunya, nanti buat video atok lagi nak tengok. Nak jadi cucu online”

image is not available

“Masalahnya peluk-peluk dengan atok, aku yang tersengeh-sengah sorang ni. Moga dalam jagaan Allah selalu tok”

image is not available

“Saya menitis air mata melihat ini, ia mengingatkan saya kepada memon bersama arwah atok yang teruja memanggil, ‘cucu atok dah balik’…”

image is not available