
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada 21 Ogos lalu, negara digemparkan dengan kemalangan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Kejadian berlaku ketika pesawat sedang berlepas menjalani latihan penerbangan rutin kira-kira jam 9.05 malam.
Menerusi video tular di media sosial, kelihatan api berada dalam keadaan marak akibat daripada kemalangan tersebut.
Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, mengesahkan kedua-dua anak kapal pesawat berkenaan iaitu Mejar Azhar Alang Kamarudin dan Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh berjaya menyelamatkan diri melalui prosedur kecemasan dengan ‘eject’ daripada pesawat sebelum terhempas.
Malah, beliau turut memaklumkan sebuah Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut selain operasi penerbangan pesawat turut digantung sementara sehingga siasatan selesai.
Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terlibat dalam satu kemalangan di…
Posted by BuzzKini on Thursday 21 August 2025
Birdstrike Dari Spesis Bangau Punca Nahas Jet Pejuang Hornet Di Kuantan
Terbaharu, TUDM mengesahkan kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di pangkalan udara Kuantan pada bulan lalu adalah berpunca daripada serangan burung (birdstrike).
Serangan itu menyebabkan enjin kiri pesawat gagal berfungsi ketika fasa berlepas.
Menurut Muhamad Norazlan, penemuan itu diperoleh hasil daripada siasatan awal Lembaga Siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bermula pada 22 Ogos lalu.
Jelasnya, siasatan tersebut dijalankan dengan bantuan oleh Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Jabatan Kimia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).
“Hasil analisis melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), data daripada sistem Deployable Flight Incident Recorder System (DFIRS) dengan kerjasama US Navy serta dapatan teknikal daripada Jabatan Kimia Malaysia, STRIDE, PDRM dan Perhilitan.
“Semua maklumat itu mengukuhkan dapatan bahawa kemalangan adalah berpunca daripada ‘birdstrike’ membabitkan seekor burung spesis bangau dikenali Purple Heron,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Cebisan Tulang Burung Turut Ditemui Dalam Enjin Pesawat
Tambah Muhamad Norazlan lagi, jenis burung tersebut didapati hasil daripada ujian yang dijalankan pada cebisan tulang haiwan berkenaan yang ditemui dalam enjin pesawat oleh pihak Perhilitan.
“Kemalangan itu tidak dapat dielakkan walaupun prosedur menghalau haiwan liar termasuk burung sudah dilakukan sebelum pesawat berkenaan berlepas.
“Ini bukan kali pertama kejadian ‘birdstrike’ namun sebelum ini tidak menggugat keselamatan namun kejadian kali ini lebih buruk disebabkan saiz burung bangau yang agak besar,” ujarnya.
Memetik Harian Metro, burung bangau yang terlibat dengan insiden berkenaan dianggar mempunyai berat kira-kira satu kilogram.
Operasi Pesawat Telah Bermula Seperti Biasa
Malah, dia menjelaskan pengoperasian pesawat F/A-18D Hornet akan bermula seperti biasa malah pesawat itu telah memulakan penerbangan pertama pada hari ini (18 September) sejak digantung operasi selepas kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, Muhamad Norazlan menjelaskan kedua-dua anak kapal yang terlibat dengan nahas berkenaan sedang dalam proses pemulihan sehingga 2 Oktober depan sebelum mereka menjalani ujian tahap kesediaan untuk kembali menerbangkan pesawat.
Baca Artikel Berkaitan: Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Klang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun
Source:


![Doktor Kongsi 4 Makanan Yang Dapat Bantu Kurangkan Risiko Kanser Kolon [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)

