Doktor Pakar Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

LocalHealth & Fitness
16 May 2026 • 10:23 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Doktor Pakar Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

KUANTAN – Seorang doktor pakar kanak-kanak yang cukup dikenali ramai di Kuantan, Dr Siti Noor Ali Shibramulisi dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat selepas bertarung melawan kanser usus.

Berita pemergian Allahyarhamah dimaklumkan menerusi perkongsian pihak KMI Kuantan Medical Centre (KMC) serta ucapan takziah daripada komuniti setempat di media sosial.

Difahamkan, Allahyarhamah mula disahkan menghidap kanser usus sejak Julai 2024.

Dilahirkan pada 27 April 1970, Allahyarhamah dikenali sebagai seorang doktor yang berdedikasi dan disenangi ramai, khususnya dalam kalangan pesakit kanak-kanak serta ibu bapa di sekitar Kuantan.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Indera Mahkota untuk disolatkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin sekitar jam 3 petang. – The Malaysian Update

The post Doktor Pakar Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved